Itu lah yang boleh dikategori kan bagi Job ni.. mana tak nya, aku dpt call dari Amir @ Gunjai pukul 9.30 pagi pada 17 ogos tu..dia tanya aku free tak..mmg free sangat waktu tu.. Tengah Zzzzzzzzz.... maklum penat selesaikan job semalam Najwa & Hafiz tu.. Amir suruh cover Si Liza & Mail ni.. nak nikah pukul 10 pagi..( biar betul kata aku..)
Nak nikah pukul 10 pagi... pukul 9.30 belum ada Photog... ni kes pelik ni.. So dgn bergegas nya aku bersiap sambil Call pengantin tu.. tanya apa status dia.. rupanya Photog asal tak dpt dtg atas sebab² tertentu...dia minta sgt aku dtg ASAP.. Aku pun minta la dia hold kan nikah tu sekejap.. mana tak nya dengan gambar dlm CF card masih belum transfer dlm PC lagi.. Equipment belum set-up lagi, bateri tak caj..Aku buat dgn kada kepantasan yang amat sangat..huhuhuhu..
Akhirnya aku berjaya juga tiba ke rumah Liza ni.. waktu tu dah baca khutbah nikah dah..So ape lagi.. terus capai kamera shoot je la..Alhamdulillah..semuanya selamat hingga lah selesai majlis persandingan pada tengah hari tu jugak...
Ni boleh jadikan Penganjaran buat bakal² pengantin.. pastikan semua urusan berkaitan majlis perkahwinan anda telah selesai dibuat..Photog ni merupakan salah satu element yg penting skrg ni, jgn ambil mudah.. jika perkara seperti ini berlaku.. silap² bergambar sendiri lah anda..
Dan nasihat buat Photog² sekelian termasuk aku.. pastikan jika kita teleh deal utk buat sesuatu job tu.. tunaikan lah amanah itu sebaik mungkin..jgn persia-siakan amanah itu.. Pastikan ada Back-up plan jika ada sesuatu aral...(Penting sangat ni..utk semua photog. & aku juga...)
Ok..cukup lah aku beleter kat sini..jom tengok gambar pengantin plak......