Post terbaru ni adalah gambar² dlm album untuk majlis perkahwinan Intan Azwani & Mohd Rosli yang selamat dilangsungkan pada 30-Mei yang lepas, bertempat di Sg.Pelek Sepang.
Dan Majlis bertandang di Taiping Perak pada hari Khamis 5 Jun, First time shooting pengantin bukan di hujung minggu, maklum la..cuti sekolah waktu tu.. banyak sangat kenduri..dan 5 Jun tu lah bermulanya sejarah harga minyak baru diumumkan..huhuuhu... Malam tu tak sempat nak isi minyak Full tank sebab ramai sangat orang "Q" kat petrol pump.. Soo.. sakit gak lah pegi shooting kat Taiping dengan harga minyak baru RM 2.70 seliter....huhuhuhuh...
Buat pasangan yang cukup sporting ini, selamat pengantin baru buat kalian..moga perkahwinan yang dibina atas dasar cinta ini terus berkekalan hingga ke akhir hayat....
Dan kini mereka sedang menanti kehadiran orang baru dalam hidup mereka..Tahniah Bro...
Majlis Bertandang di Taiping...
Buat pengantin... semoga berpuas hati dengan hasil kerja aku ni....Wassalam...
(P/S : Bagi la komen sikit kat sini.....)
to dearest mr.romzi...hihihi. Ikhlas dari hati kami b2...hasil kerja tangan en.romzi ni terlalu bermakna dan istimewa bagi kami b2... Amat2 berpuas hati dengan hasil kerjanya... Rase2 nanti baby lahir pun,kami nak tempah gak nih....leh x???
Ha...pic pregnant? hihihiihi...x leh nak imagine nih... NAK TAU X...hari ni intan baru bkesempatan bwk album g ofis,RAMAI yang tgk album nie & RAAAAMAIII juger yg puji hasil kerja tangan cameraman & mak andam pilihan intan nie... Wahhhh...best sgt2 tau... Bertambah2 ler kepuasan hati intan nie...hihihihi... Tak kurang juger yg amik no.hp romzi & kak dini... Hmmm...intan doakan lepas nie,perniagaan kedua2 'org kuat' intan nie bertambah2 ler ek...
p/s buat romzi : ada diskaun kot utk intan nanti...klu nak tgkp pic baby...hihihi....